25 May 2015

BILIK kecik tempat simpan barang

sebab rumah ni cuma ada 3 bilik. 1 bilik tu kecik sahaja.
dan jadi tempat simpan barangan..sementara anak masih cenonet ni.

mula-mula aku beli box ni..kebetulan promo di Tesco..masa tu jenjalan dengan beliau..beli lah 2.
beli box tranperent jernih tu.

SS tanya nak buat apa.

aku kata nak letak barang n buku-buku.
membazir lah...
beli 1 jelah..haha

diam jelah. Susah aku nak explain benda-benda remeh ni.
dia tidak pernah kemas bilik tu..so memang buang tenaga untuk terangkan..
SS tidak tau, tiap kali kemas bilik kecik tu..lemas aku dengan buku-buku lama dia juga -__-

haha.

sampai rumah. Fath buat main, isi segala mak nenek mainan dia.

aku bagi 1. 1 aku kata untuk buku.
kata sajalah..
kata yang belum di kota.
tunggu mood rojin.

kebetulan tengah berperang siapkan disertasinya..kononlahhhhh.

jadi dalam seminggu benda tu ada di depan matanya..
buat mainan oleh Fath sahajaaaaaaaa.

ok. Fine.


baik kita mulakan misi tu.

sebelum ni dah kemas dah bilik tu.

jadi ada 1 kotak tu memang kertas-kertas yang tidak digunakan.
so ambik keputusan bakar jelah.

tapi..dah bila dah bakar, rasa nyesal.
lepas ni..kalau nak buat lapik-lapik ka..
apa ka, berguna jugalah kertas-kertas tu...kecewa.

dah rentung pun.

ok.
masukkan lah buku-buku dan mainan . sekali..dah set pun..koman-koman ada 8 box ni diperlukan.

dan box ini perlukan rak besi.

aku jatuh cinta dengan rak ini..

kredit gambar dah dalam gambar ni 

tapinya..
ada nampak kaT TESCO...
tapi harga tadak dipamerkan..
kebetulan SS pun mood memang tidak baik.
so simpan impian dalam hati..haha.

singgah Giant lepas hantar SS gi airport..nampak dalam 100++.
cuma tang ketinggian, tidak diketahui.
so..kita simpan lah dulu impian ituu.



ok.

misi sebelum puasa ini.adalah mengemas dan mencantikkan barangan di stor.



bahan-bahan.
1.plastik box. (sebagusnya yang jernih, senang nampak barangan di dalam..tapi sakit mata kalau barang bersepahan)
-cari yang saiz besar dan kecil
-kecil letak atas, besar letak bawah
-beli sikit-sikit...(kecuali tiada bantahan..baik beli sekaligus 10..terutama jika ada promosi).
warna bebas..saya suka warna warnis..haha. padahalnya suka juga kalau warna dalam 3 warna sahaja.






kredit gambar


2. Selotep dan kertas pelekat
-untuk melabel bahan-bahan yang ada dalam box.
-kertas ni biasa dijual di kawasan alat tulis. (selotep itu sebagai lapisan kena air laah )
- taip...dan print. (biasa yang lawa-lawa ni mata sedapnya pandang..mau kemas pun hati macam ada rasa sayang..hihi)



3. Rak besi
-untuk meletakkan box!
(cadangan..rak besi itu mau kasi cat warna putih dan hitam)
- hanya letak box sahaja

kredit gambar

terima kasih puan-puan blog, banyak pahala.aminnn


kalau misi ini berjaya, nanti hasut beliauku juga.
aku nampak rumah beliauku memang banyak harta patut masuk stor.
cuma, masalahnya..kenkadang pandai guna..simpan tidak..

itu memang masalah kalau bab kekemasan rumah. kena semua pihak berkerjasama.
tidak mau bantu kemas..jangan bantu sepah.


kan rumah yang kemas itu sunnah juganya



banyak idea untuk susun atur ni..cuma kita kena chek keutamaan..
lagipun misi belajar masih ada..
jadi susun atur rumah ni..untuk tujuan kemas dahulu..
mau cantek..mestilah mau...tapi nanti-nantila...


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tabarani)..