31 January 2013

pen biru

satu hari, saya membeli sebungkus pen. Di dalamnya ada 5 batang pen biru. Setahu saya, saya mana suka menggunakan pen biru, kecuali untuk menulis nota.
tetapi saya beli juga.
mungkin semasa membeli ingatan saya, pen biru nampak cantik kalau menulis.

sampai di rumah. Fath telah bermain menggunakan pen saya itu. Saya biarkan saja.
bagi peluang. Lagipun pen tu belum pakai, mata dia ada benda macam getah tutup. Kira tidak bahayalah untuk budak kecil tu.

dan, semasa hari peperiksaan. Saya hanya menjumpai 1 batang pen saja. waaaaa.
rasa macam mau soal siasat Fath. Mana dia campak pen-pen tu.
Cari-cari tidak jumpa juga.

saya buka beg zauji. Nampak ada beberapa pen. Nak pinjam?.

Zauji: "tak boleh.... itu opis punya".

adehhh. Ini tiru Umar Abd Aziz kah apa.

Ya. Dia memang ..(^_^).

29 January 2013

zikir fikir

bismillah.

alhamdulillah.masih boleh makan, boleh berfikir. Walaupun badan tidak selesanya banyak.
bersyukurlah banyak-banyak.
ingatlah Allah ketika berdiri, duduk, baring dan apapun.

ya mudah saja mengingat Allah.
biasakan lidah dengan zikir.

Fath si budak itu, suka sangat dengan zikir-zikir. Padahal saya jarang memasangnya. Kecuali dia mau tidur.Saya pasanglah rakaman zikir saya di telefon tu.Itu jak
Tapi, masa balik rumah nenek, di Astro Oasis ada tayangan zikir. Melengo dia tengok. Alhamdulillh!.
siap mau goyang kepala ke kiri ke kanan.

Iya. Mengajar anak mengingati Allah. Diri sendiri pun kena biasa. Anak yang selalu menempek di ketiak ibu pun jadi selesa. Aminnn.

Apabila kita berzikir, kita pun berfikir apa makna zikir itu.

Terima kasih pada Tuhan yang bagi kita otak dan akal untuk terus berfikir. (^_^)

25 January 2013

Muhaymen Fath setahun jagum

bismillah.

12 Rabiulawal 1434H.Adalah genap umur Fath 1 Tahun.
waa..dah tua anak umy!

Abi semangat.Balik awal. Bawa sepotong kek dan dua bijik roti burn. Dia keluarkan dari kereta, lepas layan Fath.

Fath memang raja explore.Semua benda nak diexplore.
Belum pun sempat kan mengemas. Abi balik daa. Awalnya.. ^^ pukul 6.30 tu awal lah

Tahniah Fath..dah setahun tuu..dah besar :)

nah..abi buka kotak kek 

Fath terus sambar
Tadaaaaaa..sepotong kek...! buah tu untuk umy1

abi cuba kawal tangan Fath


abi buka plastik, Fath terus ambil

"bak sikit". Fath tidak bagi. Dia khusyuk. Abi ngap jaklah

umy ambil gambar saja. Nak merasa juga coklat tu. (telan liur)

Fath terus meratah penuh bahagia

Fath chek apa lagi dalam kotak kecil tu



"takpalah..abi ada ni".Abi saja bikin Fath jeles.

*bahagia diaa
umy nyanyi lagu Selamat Hari Jadi+panjang umurnya.. abi jadi suara latar.
lepas tu. Abi kena sapu lantai yang penuh lemak-lemak kek. Sebab Fath saja lap tangan dia diseluruh lembek coklat tu. Termasuk lantai sekali.

Umy tukang mop.

Memang suprise!. Tiada perancangan sungguh. Umy ingat-ingat nak buat sambutan kecil-kecilan, jemputlah budak yang datang tusyen tu. Tapi dengan kudrat umy ni. Simpan sajalah impian tu dulu. InsyaAllah ada kesempatan lain kan Muhaymen Fath (^__^).

abi cadang potong rambut Fath sebab dah panjang. Umy cakap,tunggulah umur setahun. Dah setahun ni..nampaknya ada budak kecil bakal botak (hehehe)


-> ibu jari umy bengkak,sebab terpelengkek masa kalam kabut mau ke dapur. sudah dua hari jalan jadi lain.moga umy makin sedar diri yang banyak amanah kena galas molek.aminnn 

23 January 2013

resolusi kecil

bismillah.

hari yang teruk.Sekarang mata saya perlu membaca untuk tidur malam.
ya.
saya jumpa resolusinya!

dan mata saya perlu membaca untuk segar di pagi hari.
oh.

Saya boleh.Saya boleh.
Fath boleh!..heee

21 January 2013

20 Januari

bismillah.

aku rasa aku dah macam tua sangatlah sudah.
sebab tu banyak benda aku rasa perlu aku buat dengan pantas.
kalau boleh semua benda aku kena buat!.

aku bukan lupa, yang aku ada zauji hensem berjanggut yang dunia dia lain rupa dari dunia aku.
aku ada anak yang punya perangai sekejap dua kejap boleh bikin otak menangis.

ceh.Mukaddimah aku memang enak.

aku mau cerita pasal semalam aku ke Pesta Jualan barangan ibu dan anak di PWTC.
dengan aku hanya siap siaga RM50 untuk beli.Dan aku harap boleh beli macam-macam dengan duit yang besar gila nilainya.

aku tau,zauji aku kurang sihat.Tau..tau
tapi aku juga heret dia balas mesej kawan baik dia di UTM.Yang dia setuju main futsal sama-sama petang tu.
aku memang sudah gila.Bertindak tanpa memikirkan kehendak dan keperluan orang lain!.

aku fikir juga.cuma fikir pendek gila.

lastly.aku merembat dua pasang baju untuk Fath dan 1pelastik sapu tangan untuk aku 1 (warna pink) dan zauji aku 3 di PWTC. Memang pesta tu sesuai untuk orang-orang yang suka beli belah. Tapi sangat kontra dengan aku yang suka beli belah, tapi poket ada duit syiling saja.

aku ingat.kalau hidup aku pendek.Ada makna tak dengan nilai kependekan itu? atau langsung tiada makna?.
sebab tulah aku rasa macam nak sepak-sepak diri sendiri kalau:
1.lambat solat. (Bilal masjid dah penat buat suara indah masa azan pulak tu)

2. buat donow, lepas bagi peluang anak explore rumah. Gila punya semak samun, lepas Fath keluarkan semua barang-barang

3.Malas menulis dan membaca, sedangkan internet hujung mata saja.

4. Berfikiran negatif. Sedangkan Allah bagi nikmat sampai tidak dapat mengiranya.

5. lupa dan sengaja lupa baca Al-Mathurat sedangkan nak pendinding.


apapun aku rasa macam ada bunga-bunga tumbuh dalam kepala, bila zauji aku kata:
"lepas makan ubat pagi tadi..dan main futsal..badan sihat dan cergas".

hah.Tengok.Dah berminggu rasa badan lain dan kurang sihat.Masa balik dari Seremban tu, dia kata ayat yang positif dan bagus.

Alhamdulillah.

Muhaymen Fath

bismillah.

Fath tido lama sikitlah hari ini.
dan sebelum tido semula.sempat dia mengotorkan lantai dengan perisa coklat.
oh. Fath yang dah nak setahun tuu..kejap-kejap lagi dia bangun, dan sambung kerja main beras, buka pintu laci almari dapur.

dan umy rasa macam nak biar jak,dia explore semua.

k.

listen

Bismillah.

i.Tiada yang baik. melainkan sedia mendengar. Sedia didengari.

ii. sedia berkata-kata dari menyimpan perasaan menyampah,sayang,suka,malas,rindu.

"eh rindunya nak berjuang".
Muka kawan naik menyampah dengar. Berjuang perlukah kembali seperti dulu, sampai rindu segala?.

"eii saya ni tengah geram, tengah geram dengan ..".

"dengan siapa?"

"entahlah".

iii. simpanlah rasa jika rasa itu lebih baik hari ini dan akan datang.
luahlah rasa, jika rasa itu langkah lebih baik.
jika konfius antara dua pilihan.
luahlah dengan Allah.
kalau inipun malas.
oh, nampak sangat, kita sengaja menjauhkan diri daripada DIA yang Maha Mendengar.

iv. hapuskan misscomunication,
cukuplah cerita-cerita TV yang menyebabkan rakan bermasam muka,heroin membenci sampai mati si hero.Silap faham yang memusnahkan rasa hidup penuh makna.

v. ya.Bersedialah untuk meminjamkan telinga yang dua itu untuk hidup lebih bermakna.

*senyum biar betul (pastikan tulang pipi naik sikit)

20 January 2013

adat tetamu bertamu

bismillah.

Hari sudah pagii.
zauji aku sedang sakit. Sakit orang mengandung.Tido tak selesa, makan seciput dua,kira seleranya sudah hilang.Kepala rasa berangin (camana tuu).Perut rasa ada gelembung-gelembung angin.

Haha..
Aku gelak dalam hati bila dengar teman baik aku ni mengadu sakit tu.

Aku masak dan dia cakap:
"buka tak sedap..tapi selera tiada".
Tak payah cakap pun, ok juga bah.
Saya ngerti dong!.

Ini hari, makcik dan kakak sepupu yang sebaya makcik datang rumah. Diorang memang keturunan rajin. Siap bawa telur, megi sedap perisa soto,roti untuk Fath, gandum, ibu roti, .Katanya mau buat donat.Tapi bahan-bahan macam mau berkhemah sajja.

Saya sedari, itulah cara hidup keluarga sebelah emak saya yang sungguh berbudi gitu. Datang rumah orang mana da tangan kosong.

Kebetulannya, makcik saya gitau pada kul 11 pagi yang dia mau datang rumah.
terus aku terbayang makanan untuk dorang!

Dalam peti ais cukup-cukup untuk tiga kantung perut. Dan saya gitau zauji, dia risau mau sedia apa. Saya masak apa yang disopingkan di pasar malam. Iaitu ketulan-ketulan sayur dan 5 ekor ikan yang sedap tapi mahal..
Rasanya macam, haissh macik ni..datanglah time rumah banyak makanan..

saya tau, zauji saya tu prihatin pasal benda-benda untuk makan,
jadi. saya yakin dan penuh konfiden, pasti dia akan beli juga untuk apa-apa makanan nanti.
jadi, saya cuma fikir apa aku mau masak nanti. Apa aku mau sedia untuk lunch dan makan malam.

Haishh..nilah kalau rumah jarang orang datang. (memang). Aku pula malas berkunjung-kunjung ke ruamah suadara mara. Aku cuma ingat-ingat apa yang indo dengan bapa aku selalu sedia masa orang datang.


lastly.diorang datang dan bawa barang-barang tu.!

mula-mula rasa, besttnya.
lepas tu malu sendiri. Patutnya  tuan rumah lah yang ready...kan
Dan zauji aku memang tuan rumah yang cemerlang. Sebab dia dah ready, esok untuk ke pasar basah.
huh.

aku yang sakit tekak, rasa macam telan bebiji durian setiap kali telan liur kena sedia untuk sarapan. LUNCH sebelum mereka blah balik. Bestnya rasa rumah apabila dikunjungi tetamu yang budiman dan rajin. Lepas ni aku pun kena macam diorang. Jangan malu-malu kutcing. (noted).

18 January 2013

Perancangan keluarga

Bismillah.

Sejak Fath lahir. Rajin betul kami kena pi poliklinik dan jumpa doktor. (DR).
sampai DR pun kenal kami.
(semua pun dikenal kalau selalu datang).

mula-mula.Sebab jaundice (kuning). Start umur beberapa hari kena datang, amik darah di tumit Fath yang kecil tu.
Dalam 4 kali (4 kali lah ulang-alik ke klinik) atau lebih gitu.Fath kena amik darah untuk semak bacaan darah dia.
dan bila bacaan dalam 110 gitu. Saya malas dah bawa. Kira dah oklah tu. (bajet sendiri).

senang jak pun. Aturan masa ni. Sampai, tunjuk buku di kaunter terus nurse suruh gi makmal. Letak buku Fath depan meja makmal.Tunggu kena panggil untuk ambil darah. lepas kena ambil darah.Tunggu lagi untuk tengok bacaan. Lepas tu tunjuk kat nurse di kaunter. kalau bacaan teruk. tunggu lah lagi jumpa DR.DR tengok bacaan, chek kuning tahap mana? (muka, dada, badan, kaki).kalau di badan, kira ada harapan oklah. Kalau tiga kali amik darah, masih di muka, boleh masuk wad. (tengok bacaan juga).
jaundice bahaya kepada otak.!

sampai umur 1 bulan gitu. Fath kena datang lagi, sebab nak suntik atau vaksin. Huh.
saya paling malas ke klinik.Bukan sebab kena tunggu lama.
tapi malas, sebab Fath kena bagi bogel untuk ditimbang. Kalau time tuu dia terkencing, terberak. aduhhh. Sebab tu rasa malasnya.

aturcaranya mudah *nampak jak mudah*
(untuk bayi yang dah umur 1 bulan ke atas).
i. sampai, pi letak buku baby kat kaunter (buku Fath warna biru, sebab dia lelaki)..*buku ni dah menghilang, entah kemana*

ii. Tunggu nurse panggil untuk chek berat, tinggi. Masa ni harap sangat Fath jangan berak dulu. Kalau dah berak, kena lap (saya guna tisu basah) cepat-cepat.

iii. Nurse panggil dan saya pun buka baju, buka pampers dan dalam hati doa kuat-kuat.."Fath jangan berak dulu yaaa".

iv. pakai semula. Tunggu lagi nurse panggil untuk periksa perkembangan.Nurse akan komen 2 minit. Tulis 3-4 minit. Biasa nurse cakap dan tanya dulu, baru tulis.Jadi kadang semasa nurse menulis, masa tu saya saja kacau, tanya benda-benda.

v. Kalau cam bermasalah. Kena tunggu lagi DR panggil.

vi. DR panggil dan tengoklah bayi.Kuning lagi ka..atau apa. (masa umur Fath dah sebulan, DR lelaki cina dah ceramah kitaorang pasal 'kawalan hamil'.

yang nilah saya mau tulis. Cara mengelak kehamilan. Melalui DR tu cakap.
Sebelum DR tu terang dia tanya, nak rancang keluarga kah? ada bincang tak?.
saya geleng.Belum lagi. Zauji pun tambah-tambah ayat juga.

hari tu, DR tu tunjuk dekat kami, tiga alat untuk mengelakkan kehamilan.
masa tu saya dengar sambil tengok-tengok 'benda' yang DR tu letak atas meja, tepi kanan saya.

1. Melalui 'benda' yang diletak pada rahim wanita.
-saya tanya benda tu siapa pasang?. Terus DR tu tinggi suara. Benda ni DR yang pasang. Bukan senang nak pasang ni. ERk.
-DR tu gitau, benda tu boleh halang sampai 5 tahun.

2. Ubat (pil)
-pil ni kena makan tiap bulan
-kesannya, period akan jadi lain (masa pendek)..mungkin badan pun akan naik

3. Kondom
- alatan ni DR tu kata boleh dapatkan di klinik atau di farmasi.

untuk bacaan lebih ilmiah, boleh ke laman ni dan sini.

DR tu tambah lagi. Melalui kitaran period isteri juga boleh digunakan. Dalam kitaran period tu ada waktu subur, ada tidak. Jadi pandai-pandailah atur.

bagi kami, saranan DR itu memang perlu difikirkan:
1. kondisi kewangan
2. kesedian kami
3. mahu atau tidak





16 January 2013

kelas pertama

bismillah.

Dunia semakin hebat cobaanya? atau kita semakin lemah semangatnya?.
Jawapannya. Kembali kepada diri sendiri.Ohhh.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kelas tafsir Quran yang dapat dihadiri.
wahh.
Pertama kali sejak saya duduk rumah ni. Baru ni dapat tahu ada kelas. Dan tenaga pengajar dia adalah jiran saya juga.

Seronok ustazah ni, dia ajar baca dengan tajwid yang betul. Lepas tu setiap seorang baca. Saya memang berdebar lohh. Lagi-lagi diorang saspek, saya juga ustazah macam ustazah tu..alahaiii.

Fath yang rewet sebab baru bangun. (bagus Fath hari ini, dok pandang serius sambil ngaga masa ustazah terangkan pasal tafsir Surah An-Nazi'at ayat 1-7.
Saya pula buat tidak tau pasal Fath, sebab seronok dan takut dengan tafsir tu. Ustazah guna tafsir dari Indonesia sebagai rujukan.
Bestlah ustazah.

Balik jak.Ustazah tanya, saya boleh mengajar ka?. Hah..ajar Quran ka?.Tajwid ka?.
Tidak boleh kak, saya memang tak tau bab tu.
ohh..kalau pasal isu semasa, tazkirah..boleh lah ni kan..
saya kata ya.
betullah. Yang tu boleh, tapi kena banyak studi juga. *dalam hati.

Kadang saya rasa. Teruklah hidup di kawasan yang macam ni, semua dok takut masuk kelas macam ni. Tapi kalau kelas marhaban, nasyid..ramai mai.
mungkin cita rasa orang sini kot.
sebab tu, dekat warung-warung sini, ada pentas kecil untuk karok. Live Band pun ada.

Seram sejuk juga mula-mula tengok. Berhibur adalah jiwa mereka agaknya.

Antara perkongsian yang best dan menakutkan saya:
1. Surah ni cerita pasal nazak. Atau mabuk yang dialami semasa manusia hujung-hujung nyawa.

2. Malaikat cabut nyawa cara lembut, keras.

3. Malaikat makhluk yang taat. Apa saja Allah suruh, terus buat.Tiada bantahan atau alasan. (mereka kan tiada nafsu).

4. Nabi Muhammad SAW, semasa di padang masyar, adalah manusia yang pertama dibangkitkan. Semasa baginda bangkit. Perkataan yang pertama baginda sebut ialah, "mana ummatku?". *allahummasalli ala muhammad.* ramai manusia akan cari Rasulullah SAW, tetapi manusia tu tak jumpa pun.padahal dah berselisih. Itulah ummat yang tidak mendapat syafaat. 

5 Rasullulah SAW masih still berdoa untuk dapat syafaatkan ummatnya semasa baginda menuju titian sirat. Nak tunjuk betapa baginda memang punya sayang kat kita ni. (so rajin-rajinlah baca selawat).


15 January 2013

Fath 11bulan+++

bismillah.

hari berkat. hari hidup.

Anak aku Abdullah Muhaymen Fath comei sudah bijaksana.Tau mana kucing mana haiwan lain.
Masa di Melaka, tengah tunggu lampu isyarat, dia boleh perasan ada kucing tengah landing tepi tu. (umy perasan benda-benda besar jak).

tau tolak semua kerusi. Termasuk kerusi besi nenek koyan.
belum masuk rak pak long dia.
semua benda buat barangan tolak.
sampai umy tengah gosok baju, dia tolak papan gosok tu kat bawah. Sabar ajeeeelah

umurnya sudah 11bulan+++. 24 Jan nanti betday dia. 12 Rabiualawal (betulakah juga ejaan ni?).
dia lahir masa maghrib. Kira dah masuk 12 Rabiualawal.

bab panjat-panjat lagi mahir. Kerusi malas, abi beli untuk umy, dia pun panjat. Sampai rasa, ya Allah. (urut dada).

Beberapa tabiat yang umy ingat:
i. Fath kalau dah beghak. Mesti dekat-dekat umy. Lagi-lagi kalau umy tidur. Dia keliling panjat badan umy. Dan umy yang mengantuk dan sangat sayangkan tidur, akan kembang kempis cium bau tu. Dan umy yang gelong itu, cepat-cepat angkat, dan cakap "jom basuh bun-bun". (suara Papa Rock).

ii. Fath sangat suka minum air kosong. Jauh beza dengan umy. Botol biru yang kecik dan harga belasan ringgit itu, adalah botol kesayangan dia. Boleh tau, mana letak. Syok-syok Fath cucuk tv dengan kertas, dia ingat dia haus, lepas tu masuk bilik cari botol tu. Dan sambung balik main.

iii. Fath pantang dengar suara abi bagi salam balik kerja. Cepat-cepat dia berkaki empat ke pintu. Sampai ada waktu, abi terbuka pintu dan terkena kepala Fath yang betul-betul menunggu depan tu!

iv: Fath kalau khuyuk main, memang leleh habis liur. Fokus dan fokus. Matanya pun membutang.

v. Umy terajar tengok Upin-Ipin. Dan Fath kadang suka kadang lebih suka sepahkan kain yang umy susun dekat rak.Bila dah habis selongkar, dia bajet mau panjat. Tengok video kucing dia suka. cuma umy malas tunjuk, tunjuk real lagi bagus.

vi. Pantang betul dengar bunyi buka bilik air, cepat-cepat datang. Ini yang kalau dia main sampai buka-buka laci dapur. Umy alihkan supaya dia boleh main dalam bilik, umy panggil lah, tetapi selalu dia tidak respon. Habis semua pintu rak dibuka-buka. Lantas,Umy buka bilik air, dan bunyikan air..Terus dia sound-sound sambil lari laju (berkaki empat) ke arah umy. Senang sikit cara ini.

vii. Fath dah pandai jalan, cuma mungkin lambat,itu yang dia lebih selesa berkaki empat.

Oklah Fath,Semoga Fath terus sihat dan menjadi khalifah di muka bumi ini. aminnnn
pssst.laptop umy, abi belum sattlekan.tu yang tiada gambar.(gambar fath yang terkini dalam lappy semua).

13 January 2013

solatan

bismillah.

wah. Hari ini Harakah,FB dipenuhi gambar HKR. Sangatlah. Tapi kalau yang tidak suka. Mesti naik nyampah sangaat.

Tidak mengapalah. Semoga mereka akan tersentak hati juga. Aminn.

Kali ini saya ingin ulaskan pasal solat jemaah dan solat merata-rata.
saya cuba tidak kaitkan dengan HKR dulu.

saya ingin mengingat memori lama. ceeh.
semasa di habis STPM. Saya ke Tawau huntuk bekerja sebagai hamba kepada satu butik atau kedai jahit. Disana gajinya sangat 'berbaloi' dengan kerjanya. Setiap hari saya perlu round bandar Tawau dan itulah antara sebab saya terkena fenyakit gastrik. ish.

apa kaitan?.
semasa disana. Apabila sedang meround kawasan untuk mencari benang, kain, gunting dan semua peralatan menjahit. Dan azan telah pun berkumandang. Amatlah leceh, kerana..saya perlu mencari masjid yang agak jauh dan memerlukan komitmen untuk ke sana. Alangkah best.kalau boleh solat dimana-mana. Lepas solat sambung kerja cari barang.

satu lagi, (ini berkali-kali terkena)
semasa berada di bandar Sandakan meronda-ronda dan bersuping membeli barangan rumah. Setelah penat, azan pun berkumandanggggggggg. Kalau solat lewat, konfom naik kereta nanti terus pengsan. Makanya... terpaksa membelah jalan menuju ke masjid. Dah sampai di pagar masjid. Ohhh. haruslah pula mendaki beberapa tingkat tangga.
kerana
masjid terletak di atas bukittttttt.

Beberapa kali juga aku rasa, baiknya aku solat saja di kedai kain tu. Mesti dorang bagi. Mimpi. Hari tu aku tanya, solat disini ada?. Ditunjuknya masjidddddd yang atas bukit tu.

Lalu selepas ini aku rasa baguslah aku solat dimana tempat yang bagus dan tidaklah membuat aku menyumpah seranah. ehe.

Itu belum masuk surau kecil yang kena kongsi.
Macam di Terminal Bas Inanam. Sudahlah kena berwuduk di luar. Terminal bas, bukan 1 dua orang ada..
cess..
siapa;ah arkitek yang jahat itu!.Dikutuk negeri miskin mengamuk pula..

Ada lagi tu di Pekan Kinabatangan..orang sana panggil SEDCO..itu nama syarikat yang membangunkan kawasan tu. Sana mau solat, pigilah mendaki bukit. Kalau ada kereta untunglah juga.

Di pasar tamu sana pun. Surau kena kongsi pacai. Bikin panas.

Tapi... itulah realiti. Ramai orang muslim sana yang tidak solat, jadi buat apalah buat surau. Mungkin di benak si arkitek penulis pelan.
jadi..terimalah seadanya.

Lepas ni. Jangan malu..solatlah dimana-mana. Biarlah orang bilang minta puji, trep alim, mengada, betabiat segala..

Dan inilah yang pernah aku buat.
Masa aku pigi demonstrasi jalanan.
aku nampak jam sudah mau pukul berapa entah. Tapi kira lambatlah.
kiri kanan mana da air. Dalam beg, air untuk tekak. Sikit pula.

Kami terokai itu hospital. Terjumpa bilik tempat cadar-cadar . Ada pula singki disitu. Manis gila.
Sebelum wudhu. Minum dulu...erk.halalkan..halalkan.
*lepas ni, kena kembali ke sana, buat derma.

lepas solat. terus sambung kerja.

ya:
1. kena solat awal waktu. Jangan berat-berat. Kalau rasa berat cari kawasan yang boleh kasi ringan..macam waktu solat terus pasang sejadah. Baca buku di atas sejadah. Manatau hati jadi maluuuu (ada kaitan?)

2. Solat solat solat. Betulkan bacaan.

3. Solat dan ajak kawan solat sama-sama. Biarlah kita jadi imam. Walaupun kita ni macam apa.


12 January 2013

HKR

Bismillah.

Hari ini zauji sorang pegi.
Tidak mengapa.

saya ini jenis semangat tinggi kalau bab begini.
Risau anak saya yang baru 11bulan++.
Lainlah kalau dah dua tahun gitu. Paru-parunya sudah kuat sikit.
Cukuplah semasa di dalam rahim dia dah sedut macam-macam di sana.

Dan semoga slogan/laungan Tolak BN, Tolak Najib dan yang sewaktu dengannya tiadalah kedengaran. Nampak sangat kita lari dari nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.

kita mahu rakyat bangkit dan menilai. Tidak perlu menggelemerkan orang-orang yang sudah punya nama baik di TV1,2,3,9,Astro. Itu namanya sengaja bagi free famous kepada mereka. Inilah masanya mereka yang selalu dihina di TV Malaysia bangkit dan tunjukkan anda bukanlah orang yang harus dihina dan dilabel sebagai perosak negara. Bukann. Anda orang baik dan berniat baik.

10 January 2013

itu Rasulullah SAW

bismillah.

Kau tahu kawan,
kalau kita percayakan kawan..
kemudian kawan mengkhianati kita, sampai ke tua..kita sukar sekali melupakan.
begitu sekali pendendamnya manusia itu.

"untuk memaafkan mudah, tapi untuk melupakan sukar".
contoh ayat selalu didengar. Malah diamalkan dalam hidup yang sementara ini.

nah, tapi..itu Rasulullah SAW, punya sayang..jauhnya lebih indah.dari sayang kita pada kawan-kawan yang budiman,

"...Ketika umatnya ada yang terhumban ke dalam neraka, baginda akan mengeluarkan umatnya dengan syafaatnya.." artikel penuh di sini.

allahumma salli ala muhammad..

Teruskan biasakan lidah dengan selawat ke atas baginda.

09 January 2013

fail

bismillah.

Sejak dahulu, saya sangat risaukan perkataan GAGAL.
seriusnya.. Ia itu sangat menakutkan.
dan sangat memalukan.
Juga menjatuhkan kekebalan diri sendiri!.

Namun, sejak saya membenci subjek Matematik. Saya sudah 'tegal biasa' dengan Pen merah.
Ya..Saya bencikan subjek itu dan..saya tidak yakin untuk LULUS. asbab itu tidak kisah dengannya.
kecuali dalam PEPERIKSAAN.
Allah.
Belajar untuk LULUS periksa!

digree pun sama.
saya rasa. Mustahilnya untuk skorr A.
Walaupun subjek itu tidaklah susah macam buat Nasi Tomato.
Atau saya menyampah dengan pengajaran pensyarah. Semua pensyarah saya baik ok.

Mula memasuki kelas yang membawa mata saya lena. Itulah petanda saya memang Fail untuk Lulus dan cemerlang.
Saya bencikan subjek-subjek yang saya fikir saya tidak tertarik.
Misalnya subjek Kraftangan, Georafi Manusia dan Fizikal, Kaedah Penyelidikan Bestari. (Ni semua bukan nama sebenar Subjek )

ya. Kalau kita bertingkah laku Fail. Dan kita tidak cemerlang.
itu adalah "andre bajekmu" dalam bahasa Bugis.
atau..padan muka!

Tapi..
kalau sudah pulun sampai separuh sihat.
Lastly di medan sebenar. Fail!..
Adakah ini juga balasan Tuhan?.

ohh. Kerja Tuhan,jangan persoal banyak.
Tapi kerja kita, perlu 

cerita zauji saya,
dia bukan takat dari main futsal, ke main Badminton,
malah dari baca buku satu dua.. ke satu rak buku.
itu belum masuk jurnal, berkampung di lab..discus sampai perut berbunyi.
semua jalan dia lalu dan buat,pendek kata lah

Lastly,
di depan pakar.
dia tersadung dan terjatuh.
Seharian dia berfikir dan berfikir akan 'hukuman' itu.
Hukuman Fail setelah berusaha sehabis tenaga!

oh. Silap. Silap.
Sungguh silap.
Bukan silap usahanya.
bukan.
silap dari aspek faham.

Lain yang dimahu.Lain yang dibentang!. Itu saja,
Dan zauji saya bentang setelah discuss dan memperlihatkan dulu dengan SV.
Tu jak pung.

Dan sepajang hari ini. Kami banyak belajar;
1. Jangan jemu berusaha- walaupun tidak pandai-pandai sedap masakannya (saya lah tu).
2. Bersangka baik dengan takdir. Semua yang berlaku diluar kuasa kita. Pasti banyak hikmahnya. Walaupun salah sebenar bukan dari kita.
3. Fokus. Fokus apa yang kita ingin buat. Misalnya, mau menulis novel, kena fokus dan bertindak tanpa alasan.
4. Senyum. Kologen semulajadi untuk usia yang bertambah.

sebelum Syuruk. OTW  ke Selatan atas Lebuhraya Utara Selatan




06 January 2013

laptop lagi

Bismillah.

Alhamdulillah.
Pukul 8.20++pm. Zauji balik dari sattle kan masalah laptop dia.seharian tuuu
Senyum panjang.
dan rasanya kalaulah manusia boleh jalan sambil melompat-lompat,
dialah manusia yang paling tinggi lompatannya. ^^.

Balik saja, saya tahu dia letih tahap gabannnnn.
Tapi tengok mulut dia pok-pek..pok-pek. Layan sambil ambil pengatahuan.
Bangga sangat dia dapat juga install beberapa software yang hilang tu
Kawan dia yang baru habis master UTM tolong.
Serius cakap. Sangatlah gembira tidak terkata.
Sampai amaran pengurus JPRU,macam tidak terasa sangat.
kenapa tidak, janji mau turun bengkel IT sabtu ni,tapi demi sebuah laptop yang akan membantu ummah, dia mengcancelkan disaat bengkel sedang bermula.*kesian

Esok pagi, sambung pula perjalanan untuk mengurus sebijik laptop!.
Haruslah kan..Selasa ni kena bentang.
Gila-gila lah nanti kena fire! *kesian.

Sebelum malam, haruslah bertolak ke Melaka pula,
untuk menziarahi keluarga  abang ipaq. Lama sudah tidak ketemu dengan anak-anak emas mereka tu.
Semua dah naik darjah. Dah besar sikit. (^__^).

Melaka adalah transit sebelum terus ke JB.
Rutin bulanan kami sekeluarga sejak 2011. Dah lebih setahun yo!
Beliau belajar di sanaaaaa. Yang menurut beliau, disana pakar untuk bab-bab teknikal dan teknologi. Dah nama Teknologi Malaysia..:D.

Saya pula, belum start kelas, bolehlah otak ringan sikit.yolaaaah
erk. Pusing jugalah. Saya berfikir apa tajuk penyelidikan nanti. Yang boleh buat, dan berbaloi-baloi untuk dibuat. Saya target boleh daftar tajuk dah untuk bulan Febuari ni. Aminnn. So kira kena start buat bab1-3 gitu..ehe.Best gila. Otak kena keluar dari selesa, baru tau tinggi luas lautan dunia ni. (-__-).

Ehe. Kononnya mau menjadi pakar dalam bidang membaca awal kanak-kanak.
pakar mestilah rajin cik puan oii.baiklah.

Sambil tu kenalah rajin doa, supaya pensyarah senang hati masa tanda kertas dan bagi markah yang enak-enak, supaya bahagia melihat dan merasainya.

oklah. Fath dah makin ligat berjalan dan terjatuh terduduk..tapi masih senyummmmm kencang. Itulah prinsip hidup. Bak kata lagu Laskar Pelangi:
menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah mimpiiii..
bersyukurlah pada yang kuasa......

hikmah:
1.Kena faham, banyak keutamaan dalam hidup.Jadik,jangan pengsan dengan kegagalan
2. Hidup bukan untuk dibangga-bangga, tetapi berbanggalah kerana masih peluang untuk hidup.


05 January 2013

laptop kena format

bismillah.

Saya sudah berbalas komen di FB tentang ayat jiwang suami isteri di FB.
walaupun isu ini bagi saya kecil dan bukan perlu sampai berdiskusi panjang lebar.sejak saya bujang dulu saya  tidak tersentap membaca ayat jiwang suami isteri real atau atas tenet).

saya pun sudah kerap menulisnya tentangnya.
bukan kerana sayalah orang yang kerap berjiwang itu..tetapi untuk ambil pot memberi pandangan sendiri. Walaupun ramai naik panas dengan komen saya. Bagi saya, tiada salah memberi pandangan. Yang salahnya tidak berlapang dada. *senyum*.

ah.Nanti lain time lah kita berdiskusi lagi, pasalnya.*buat muka menyampah*.

oh. Saya ingin bercerita tentang zauji saya. Kalau ada yang memanas saya berjiwang dengan zauji saya disini. Tolong istighfar. banyak-banyak *astagfirullazim*
Zauji saya, imam saya.

Dia telah mengalami masalah laptop yang sangat menyedihkan.
sedih-sedih.
Selasa depan ni dia perlu bentang kat depan pakar.
lagi pula, PP yang dibuat sebelum ini perlukan pembetulan. Belum sempat edit, ada masalah lain muncul.

Zauji cakap itu bukan masalah besar. (thumbs).

masalah besarnya,
dia perlukan install banyak software yang telah hilang tu!.

Sotware tu bukan ada ditangan.
perlu sampai ke KLCC untuk mencarinya.!

Saya juga hilang akal ingin membantu. Langsung tiada apa yang boleh dibantu. Melainkan empati dan masak sedap-sedap untuknya. (aminnn).

Malam ni, selepas membawa saya round pasar malam, dia ke rumah kawannya yang agak jauh untuk install Windows.
Silap saya, patutnya tidaklah perlu ajak dia ke pasar malam segala..maaf ya,jarang sangat kita berpasar malam, itu yang naik lemak ajak juga.
Lepas ni, berhati-hati dalam berempati wahai diriku.

Sebab saya dah beli. Saya mesti memasaknya dengan penuh tertib dan sedap esok. InsyaAllah panjang umur. aminnn.

Saya ingat ayat beliau:
"inilah cabaran belajar..".

ya betul-betul.

hikmahnya:
1. Kita kadang terpaksa menerima kesusahan yang bukan diharap
2. Berpositif dengan dugaan
3. Isteri mesti bijak memahami emosi. Kurangkan bercakap. Bantu tunjuk jalan penyelesaian.
4. Jangan malu mengadu dengan Allah akan rasa yang ditanggung.



03 January 2013

cobaan

Bismillah.

Saya ingin ceritakan tentang adik kembar saya.
Dia berkerja sementara cuti sem ni.

Dipendekkan cerita.
Dia telah kehilangan 4 keping Kad ATM.
(banyak atau tidak duit dalam tu.saya pun tidak tahu).
Semasa berkerja.

Sebelum menyedari kehilangan kad beliau. Dia telah beberapa kali ditanya oleh rakan sekerja yang berbangsa cina.Tentang no akaun dan no pin!.
Alasannya munasabah.Tapi nampak sangat ada motif bahaya.
Adik saya memang suspek dia lah pencuri kad ATM itu!!.
Dan daripada jalan cerita beliau. Saya pun boleh agak begitu.

setelah membuat laporan Polis,
adik saya mengalami banyak peristiwa akibat hal kad ATMnya.
lastly, katanya "macam nak tumbuk jak budak cina tuu"!.

saya sebagai kakak menasihati dia. Dan secara langsung untuk diri sendiri;
1. Rilekskan diri dihadapan orang lain.
2. Jangan buat perkara jahat kepada orang begitu.
3. Bagi amaran cukup. Jangan banyak blaa.blaa.blaa. Nanti nampak sangat kita ni emosional.
4. Buat laporan POLIS segera. Soal Polis akan settlekan atau tidak letak belakang.
5. Sabar. Orang jahat memang suka kalau kita (yang teraniya) buat perkara bodoh.
6. Letakkan Allah sebagai penguat semangat kita!

02 January 2013

2013

bismillah.

Tahun baru, rasa umur semakin tua.
kan bagus kalau umur tidak berubah :D

semoga Allah terus menjaga hala tuju hidup kita. Aminnn