30 November 2008

apabila otak juga bergerak bersama jari.....

mereka mahu menjadi jauh lebih dari orang lain..
mereka mula mencri kaedahnya..
mereka berusah mencari sumber..tapi...................................


Rupanya...mereka ada kekuatan...........
mungkin mereka tau.. tapi................

mereka mencari lagi..........

terus mencari..
kekadang..
ada sedikit rasa..
'apa p[erlunya aku menjadi ini?'...

tapi........

JANGAN tidak...

menjadi diri sendiri..................................

23 November 2008

mahu ku ajak DIA.. tapi dia ini yang TERPILIH

Michael Jackson peluk Islam


LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.


Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.


Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa � bermaksud orang yang terpilih.


Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. �

-PETIKAN BERITA HARIAN ONLINE-

22 November 2008

kisah DIA..

ingatanku menerobos lagi..
kalau boleh aku berbicara dengan DIA sekarang..

HP mengetuk kepalaku..
aduhh..

DIA sedang buat apa agaknya??

kalau DIA disini alangkah bagusnya..
tapi...
DIA disana..

Otakku ligat lagi..
astagfirullah..

si **** kawan DIA..katanya ini kisah DIA

Walaupun baru tadi DIA meminta izin dari Ketua Kelas utuk keluar mencuci muka di paip sekolah..
Tetapi,
baru 5 minit duduk..
dia kembali membengkokkan belakang untuk tunduk..

Matanya merah kerana hobinya tidur di dalam kelas
Sekolahnya kecoh mengenai kedatangan polis untuk pemeriksaan air kencing..
DIA tahu semua rakan sekelasnya, terutamanya sejantina dengannya agak risau.
DIA masih meletakkan kepalanya di mejanya yan berbalut platik.
SEDAPny tidur…

Suara2 bingar disekelilinya bukan GANGGUAN untuk keseronokannya itu.

Tiba-tiba, ketukan pintu yang agak kuat. Semua rakan sekelasnya diam. Yang tadi sedang bermain-main berhenti.
Hanya mereka yang sibuk membaut latihan EKONOMI yang still..
“ hah…kamu!..mari ke bilik disiplin..”.

DIA ada mendengar orang dipanggil... Tetapi...
DIA tidak tahu untuk dirinya. Itu suara guru disiplin yang sebenarnya suka menyakat..tetapi serius bila menjalankan tugasnya.

“weii..weii”. Rakan disebelahnya menggerakkan bahunya. Dia sedar. Tapi lagi seronok untuk TIDUR.
“SAYA TUNGGU DI BILIK DISIPLIN..5 MINIT TAK DATANG, SAYA DATANG”.Cikgu itu kembali.

Kalam kabut dia lari...
mujur kakinya kaki BANGAU..

Matanya masih mengantuk.

“kamu ambil SYABU?”. Tegas bunyi suara cikgu tu.

Walaupun kepala masih MAMAI,dia berlakon dengan PROFESIONAL sekali.


“Nama-nama yang disebut, sila ikut ke balai polis..”. Suara seorang prebet POLIS bergema di bilik DISIPLIN.
DIA yang menyambung HOBINYA, menegakkan badan untuk menunggu masa siren sekolah berbunyi.

“kamu memang tak ambil….”. ckgu itu mendekatinya.
“oh…mata kamu merah sebab tidurkah?”.

DIA buat2 x dgr. DIA tahu siapa rakan2 di kelas yang menggunakan benda itu sebagai SANTAPAN harian.

Tetapi peliknyA...
hanya dia dan seorang rakannya yang sering TIDAK HADIR yang dipanggil.

DIA kembali ke kelas dengan mata yang segar .
“RUPANYA AKU ORANG YANG DISYAKI”.

21 November 2008

kalaulah DIA ada disini....

Hari yang mengjengkelkan

Sepatutnya aku bersama sahabt2 brprogrammmm…tapi, mmg bukan takdirku.

Aku ke cermin n senyum..

Macam dah putih jak aku?

Betulkah aku dah putih??

Tak puas hatini..ke cermin blik air plak..

Eh betullah mcam putih saja..
Perasaan jak kot…

Allah…

PUCATLAH.. perasan btul.

Jam11 spatutnya aku n KP jmpa DR.. tapi memang bukan takdir aku..

Bas yg dinaik tu mmg baik…tapi sayang…aku turun bukan pada tmpatnya..

Hbis kena sound…tapi biasalah telinga ini mcam PEKAK plak ni hari..

Mgkin sbb tk smpat rehat..

Alamak Matrik ndk pakai..

Lantaklah…….


Penat2 gi tak smpat jmpa Dr..cian KP kena FIRE sorang2..

Ala bro…anta kan PEJUANG..

Balik tu…tggulah RapidKL yang tercinta………

Mata cam mau jatuh sudah, tapi wat2 mata UJI RASYID..


PERPUSTAKAAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA mcm lengang jak…..

Mungkin smua dah malas pijak tangganya yang dipenuhi
“bunga-bunga matahari menyinari…”

Atau semua sdah berkumpul di STESEN KAJANG?
Ndkpun STESEN PUDU…@ STESEN PUTRA…
Semua dah balik kotttt…


Akal mula lah berangan-angan…

Kalaulah DIA ada masa ni…

Mesti masa ni kami sama-sama tunggu RAPIDKL tercinta..

Ataupun DIAlah kawanku bercerita..

Bercerita ttg masa depan n masa lalu…

Jadi takpayahlah aku mengira berapa motor lalu…berapa kereta lalu…yang mana kereta orang

kaya..mana keta lecture..

Mungkin.............. aku teka DIA..

Apakah kenderaan yang lalu selepas ini?


Best juga..time2 gini ada kwan bercerita..

Aku pandang kusi belakang..wah ada MR.BLACK..

Ni mesti dari PTSL..

Bas lalu,

Aku naik…

Turun pulak di FPEND…

Aku jalan…

Kalaulah DIA ada masa ni..

Aku suruh dia bawa beg aku yang dihadiahkan oleh ILIM..

Pas tu..

Kami akan lumba jalan kaki ke bilik lecture..

Tapi aku rasa DIA menang..sbb kakinya mcam BANGAU


Aku jalan lagi.. bilik lecture sunyi..

Oh hari ni hari JUMAAT..

Aku naik tangga kecil..

Eh nampak sorang MR.CLEANER…

Senyum…

Dia pun senyum…

Ndak SOLAT JUMAATkah?

Masih awal lagi kott..


Selesai..

Aku ke bus stop.. kolej taklah jauh sangat..tapi

HOTlah..

Muncul pula bas sebesar BAS LABUK..

Aku lambai..moga2 berhentilah..


Kalaulah DIA ada disini..

Aku suruh DIA yang lambai..

Naik jak, lagu BORONGAN CINTA oleh THE LIMA..
“pasang kuat sikit takpakan…boringlah”..

Aku angguk jaklah…

Kalau DIA ada di sini..

Mungkin aku buat2 NDAK NAMPAK tu pcik driver..


Laparlah pulak..

Turun bas..nampak pula CAFÉ..

Kalaulah DIA ada disini..

Aku sirih dia beli..n aku tunggu kat meja jak..

Boleh tido sekejap..


Aku pandang ats..nampak plak SURAU..

Kalaulah DIA ada dsini..

Aku mahu tiap2 SUBUH dia jadi MUAZZIN..

Kalau aku rasa bukan dia muzzin…pagi2 lagi aku hantar FUN TALK..

“why you not AZAN subuh tadi?”

Aku takkan terima alas an..walau apapun.

Tapi................ kalau dia azan akan bagi PENEGUHAN POSITIF..

Aku panggil DIA USTAZ..

Padan muka!...hhehe..kalau DIA ndk mau..aku ckaplah…” itu doakan..”


Pekerja café tu sengih2…

KalauLAh DIA ada disni..aku suruh GERTAKi

DIA mesti jadi orang yg melindungi aku..

Petang2 kita kami round2 TASIK KEJUT..

Hah........ nilah HAMPIR jadi fkulti pilihan dia..

DIa lari..aku lempar batu dalam tasik n kira berapa pusingan lariannya..

Jangan sampai MAGHRIB dia ndk mampu pulak jdi IMAM.. sudah.

Kalau malam..pas ISYAK..

Aku buat diskusi dengan DIA..tya psl subjek ku yang SUKA guna buku AS.

Alangkah Indahnya kalau DIA disini..

Aku mesti PASTIkan assignment siap pada masanya..

Kalau bab2 basuh baju @ gosok..boleh ditolong seminggu 2 kali.

Kami boleh pi program sama2..

Jdi AJK sama2..


Boleh tempah tiket balik SABAH sama-sama..

Pastu aku suruh dia bawa beg kain ku..aku just bawa beg LAPTOP.

Kami sama-sama tunggu FLIGHT di LCCT..

Ndk lagi aku sorang2..


Tapi,

Itu KALAUlah DIA ada disini….

ENTAHLAH….bukan nasib DIA disini..

Maka aku MESTI BERANI..

ALLAH always in my side..YAKIN>>>>

-SEMOGA DIA CEMERLANG n KAMI BOLEH sama2 konvo… InsyaAllah.

20 November 2008

Catatan Untuk Hati

18.11.08

















Buat hatiku,
Kalau dirimu berseorangan, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu dikhayalak, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu disakiti, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu dimarahi, lafazalah istighfar,
Kalau dirimu bosan, lafazlah istighfar,



Buat hatiku,
Belajar mencari hikmah disebalik gerak lakumu sekarang,
Belajar mencari hikmah pada pendengaran dua sisi telinga,
Belajar mencari hikmah pada dua biji mata,
Belajar mencari hikmah pada dua batang kaki dan tangan,
Belajar mencari hikmah pada mana-mana matamu teracap,







Buat hatiku,
Sedetik masa yang kau limpasi,

akan terubat bila dirimu sentiasa merasakan erti MASA,
Disaat dirimu dirundung perasaan ….ahhhhh bosannnn…akan terubat,
Bila kau ajar jari jemarimu menghitung zikrullah.




Buat hatiku,
Moga bersih fizikal akan mensucikanmu.
Buat Hatiku,
Ajar lidahmu sentiasa menyebut yang baik-baik sahaja,
Ajar akalmu berfikir yang baik-baik sahaja,
Ajar anggota tubuhmu bergerak untuk yang baik-baik sahaja,
Ajar deriamu melihat yang baik-baik sahaja,
Ajar apa jua gerakanmu untuk yang baik-baik sahaja



Buat Hatiku,
Kau ialah asas…
Jika kau baik…baiklah anggotamu yang lain.



Buat hatiku,
Hati-hatilah selalu,



Buat hatiku,
Taqwa ialah ukuranNya,
Cubalah sedaya upayamu untuk berada dalam lingkungan itu.

07 November 2008

indahnya Ukhwah jika kerana Allah




kerana kita tahu kita siapa...

apalah daya kita..



tapi,


kita yakin Allah tidak pernah melupakan hambaNya



semoga Ukhwah yang dibina tidak habis dsini..

akan berterusan sehingga hembusan nafas terakhir..dan di alam sana..

06 November 2008

La Tahzan

Andrew Moore mengatakan:
"segala sesuatu ynag sesuai dengan keinginan kita tampak menjadi sesuatu kebenaran, dan yang tidak ingin akan memucu kemarahan kita"

Demikian dengan nasihat menasihati dan kritikan. Umumnya kita senang dengan pujian dan kita merasa tersanjung meskipun pujian itu palsu. Sebaliknya, kita enggan terhadap kritikan dan celaan, meskipun ia adalah benar adanya. Ini sebenarnya sebuah aib yang sangat berat dan kesalahan yang sangat mengkhuatirkan.

Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya, agar Rasul menghukum (mengadilli) diantara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika hukuman itu untuk (kemashlahatan) mereka, mereka akan datag kepada Rasul dengan patuh. ( An-Nur:48-49)

William James mengatakan:
"saat sampai kepada sebuah keputusan untuk dilakukan pada hari itu juga, maka akan terbebas sepenuhnya dari fikiran-fikiran yang akan menguasai diri anda berkaitan dengan dengan kemungkinan-kemungkinan hasil yang akan anda akan capai"

Ertinya:
"Jika anda sudah mengambil keputusan yang didasarkan pada kenyataan, maka lakukanlahdan jangan maju mundur atau mempunyai fikiran yang tidak-tidak , jangan campak diri kedalam keraguan yang lebih besar, dan jangan terus mengkotak-katik hal yang sudah berlalu."

Seorang penyair berkata:
orang yang bingung dalam menyingkap masalah
hanya akan menyia-nyia umurnya
selalu bingung, tidak pernah mencapai dalam kejayaannya
dan sentiasa nampak bodoh

pujangga lain mengatakan:
jika engkau berpendapat maka tetapkanlah!
sebab banyak pendapat yang rosak
kerana ragu-ragu dalam memutuskan

Keberanian mengambil keputusan akan banyak menolong melepaskan diri dari kegelisahan dan kerisauan.

....apabila telah tetap perintah perang ( mereka tidak menyukainya). Tetapi jikalau mereka benar (imannya) terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. ( Muhammad:21)

mulanya


penat melayari blog beberapa pejuang..
fuhhhhhhh..

Lagi2 Hlovate..
'blog dibuka, mujur blog ada dua..tiada apanya'

"...wei...camana hang ble jadi exco..."

"..ko ble cakap rupanya..."

"...tak sangka awak begitu bersemangat...aku dah getar lutut ni..."

"...patutlah dapat kumpul banyak..."

macam-macam...

kalau orang lain, boleh berkepit dengan 'sahabiah2', tapi ni lain pula.. semua tak sangka.. depa tak tau aku siapa?


"...tak sangka, kat kelas punyalah pasif.."

"..aktifkan diri kalau kat kelas..ni Dr nampak kawan2 awak ja yang bercakap.."

"...eh..manje.. tu sapa..."

kalaulah ada kuasa halimunan... sudah lama................