06 June 2011

sayangku

Dia sudah hadir.
Walapun belum berjaya memasuki scan doktor puan.
Dia terasa ada.
Membuat umminya tidak senang tidur. Tidak senang makan. Tidak senang minum.

Dia sudah hadir.
Dengan hadirnya,umminya semakin layu.
Umminya sudah mahir, tetapi masih belum kuasa melawan loya.
Belum kuasa melawan lembek.

Dia sudah hadir.
Ummi bersedia. Abi tersenyum.
K.A.M.I perlu saling kuat menguatkan.
itulah cinta yang terlalu mahal.
Terima Kasih Allah.Tuhan yang memiliki jiwa-jiwa ini.


Semakin kerap K.A.M.I berharap.
Moga Dia akan selamat. Aminnn Ya Rabb